WELCOME TO MY BLOG

Wednesday 7 December 2011

H2O.....apa tu? Apa kepentingannya ?


Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.

Fungsi air :

  • Menggerakan fungsi tubuh – air memainkan peranan penting bagi merangsang proses biologikal dan kimia yang berada di dalam tubuh badan. Tanpa air, darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak berfungsi.
  • Menjalankan proses detoksifikasi - Setiap hari tubuh kita terdedah kepada unsur toksin. Buah-buahan, sayur-sayuran mempunyai kandungan racun, kandungan timah di dalam ikan, antibiotik & hormon di dalam produk daging dan bahan pengawet & pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman yang diproses. Kebanyakkan penyakit berpunca daripada pengaruh toksin yang terdapat di dalam air, udara dan makanan.
  • Mengahalang dehidrasi dan penyakit – Hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh kekurangan air. Masalah jerawat, penghadaman, obesiti, sendi dan masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan juga kanser. Tanda awal kekurangan air ialah bibir kering, keletihan, pening kepala, insomnia dan banyak lagi.


Kepentingan air dalam tubuh :

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.

2. Membantu meningkatkan tenaga anda.

3. Mampu mengurangkan stres

4. Bentuk otot anda dengan air

5. Mencantikkan kulit anda.

6. Melancarkan proses penghadaman

7. Mengurangkan pembentukan batu karang


Kuantiti air yang diperlukan tubuh :

1. Orang dewasa - 8 hingga 12 gelas sehari

2. Kanak-kanak - bergantung pada umur, berat dan aktiviti fizikal mereka

Tips untuk minum air :

1) Tubuh badan kita memerlukan 2-3 liter air sehari, cara untuk mendapatkan kuantiti air yang mencukupi adalah dalam 8 gelas air sehari,minum walaupun tidak berasa haus


2) Minum sedikit sedikit air, supaya badan tidak terhidrat dan jangan minum sekaligus nanti mempunyai kesan buruk kepada buah pinggang


3) Air yang terbaik adalah Zam-zam kerana molekulnya merupakan anti oksida


4) Pastikan air yang diminum bersih, dan dimasak supaya dapat mengelakkan jangkitan, terutamanya kalau berada di kawasan epidemik cholera, kawasan banjir dan kawasan kemarau