WELCOME TO MY BLOG

Tuesday 25 October 2011

sayur-sayuran dan buah-buahan






Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan salah satu makanan yang terdapat dalam piramid makanan. Ia merupakan sumber makanan yang murah dan mudah didapati. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan zat dan vitamin yang penting untuk tubuh dan kesihatan.  
Apa yang ada dalam buah dan sayur?
Zat dan mineral  KepentinganContoh buah dan sayur 
 Vitamin ABaik untuk kesihatan kulit dan mata serta melindungi  diri daripada serangan penyakit.Sawi, bayam, kalian, lobak, lada merah, tomato, mangga, betik, tembikai.
 Vitamin BBaik untuk mengelakkan kepenatan dan kelesuan.Sayuran hijau (sawi, bayam, kalian, kangkung), sayur kekacang
 Vitamin CBaik untuk kesihatan gigi.Brokoli, nenas, oren, mangga, kiwi,jambu batu, betik, belimbing.
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai vitamin A,B dan C serta mineral-mineral yang lain. Jadi, singkatan ABC merupakan satu pendekatan dalam menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di kalangan kanak-kanak.
Bagaimana menggalakkan kanak-kanak makan sayur dan buah? 
  1. Sentiasa AMALKAN..
    • Menjadikan buah sebagai snek menggantikan makanan ringan.
    • Menggantikan minuman berkarbonat dengan jus buah-buahan.
    • Makan sayur dan salad atau ulam semasa makan tengahari dan makan malam.
  2. Sentiasa BUAT
    • Menambahkan sayur dalam masakan dan hidangan seperti mi goreng dan sandwich.
    • Masak sayur dengan air sedikit.
    • Masak dengan cara yang rendah lemak seperti kukus, rebus, celur, tumis dengan sedikit minyak.
    • Elakkan memasak yang terlalu lama.
  3. Sentiasa CAKAP….
    • Yummm.yummm…sedapnya makan buah dan sayur ini..
    • Slurpppppp…lazatnya jus buah ini..
    • Kurp..Kurp..krup…enaknya sayur kacang ini..
    • Wowww…ada pelbagai warna dan rasa buah dan sayur.
    • Eeeekkk…buah dan sayur ini menghilangkan rasa lapar dan dahaga..
Jadi…
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral dapat meningkatkan daya ketahanan badan daripada penyakit, menghindari sembelit dan mengurangkan risiko kejadian penyakit jantung dan kanser. Jika kanak-kanak diajar memakan sayur pada peringkat awal, risiko mendapat penyakit dapat dikurangkan. Pendekatan ABC dapat membantu menggalakkan pengambilan buah dan sayur di kalangan kanak-kanak. Ini penting untuk kesihatan mereka. Jadi, dengan ABC, Anak anda Boleh Cuba…


p/s : info diambil dari Kementerian Kesihatan Malaysia

http://www.infosihat.gov.my
          

No comments:

Post a Comment